------------
Assalamualaikum semua dan selamat tahun baru masihi 2011. Kita bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana memberi peluang kepada kita semua untuk menatap surat terbuka YM Tuanku Nai Long Kasim ke 3 di awal tahun ini. Pada surat ini beliau mendedahkan peranan British yang berjaya menghapuskan sejarah Empayar Benua Islam Siam Kedah dengan pertolongan cucu Chulalongkorn Raja Kafir Sokuthai Bangkok, Tunku Abdur Rahman Putra al-Thai. Mereka telah berjaya menggunakan cucu raja Thai ini untuk meruntuhkan gerbang Kota Star dan Kota Kayang di Perlis serta yang terakhir sekali Kota Beruas, Kota Palas, Kota Muar Bukit Tereh dan Kota Mengkuang serta lain-lain yang mana semua ini dibuat untuk menutup sejarah kehebatan Kerajaan Melayu Tua kita. Walaupun keluarga diraja Merong Maha Wangsa berjaya membawa masuk anak zuriat keturunan Merong Maha Wangsa ke dalam pemerintahan Kedah dengan bantuan YTM Tuanku Nai Mud datuk kepada YM Tuanku Nai Long Kasim serta juga dengan bantuan penghulu-penghulu seluruh Kedah juga bantuan khas dari tentera-tentera Jepun dibawah kelolaan K.Shiba, tetapi dengan kejayaan anak Jenderal Manjalara ini menduduki kerusi nombor satu Malaysia atau Malaya pada masa itu, merupakan satu saingan dalam usaha keluarga diraja Merong Maha Wangsa menyelamatkan ketamadunan Melayu Tua dari di rosakkan oleh musuh-musuh Allah ini. Yang mana di sebelah satu pihak cuba menyelamatkan dan membela ketamadunan bangsa kita manakala di sebelah pihak yang lain pula dengan arahan British dari London cuba manghancur-leburkan Ketamadunan Islam yang telah lama diasaskan oleh nenek moyang kita sejak tahun 700 masihi lagi di Semenanjung Melaka tercinta ini.
----------

-----------------
Kisah K.Shiba yang merupakan seorang pengintip kerajaan Jepun yang mengiktiraf Sultan Badlishah sebagai Sultan Kedah merupakan kisah sejarah yang menarik sekali untuk kita hayati. Beliau sebenarnya seorang pegawai pengintip Jepun yang berpengaruh semasa peperintahan Jepun di Malaya yang pada mulanya datang ke Kedah menyamar sebagai penjual bunga-bungaan di kedai bunga, Alor Star, Kedah . K.Shiba kemudiannya telah menukar perniagaannya kepada menjual pinggan mangkuk di Panggung Wayang Royal milik Jeneral Manjalara atau Mak Cik Manjaiara yang merupakan seorang puteri kepada Raja Thai kafir Chulalongkhorn dan ibu kepada Tunku Abdul Rahman. Semua pekerja-pekerja K.Shiba merupakan orang-orang Melayu yang telah di rekrut sebagai tentera Jepun yang fasih berbahasa Jepun, antaranya ialah Haji Wan Senik. Haji Wan Senik dikatakan berasal dari Teluk Manik, Pattani dan beliau amat mahir memasak masakan Jepun selain fasih berbahasa Jepun. K.Shiba juga mempunyai seorang tukang masak berbangsa Jepun, yang mana mereka ini semuanya merupakan kader-kader yang telah dilatih untuk berhadapan dengan peperangan dengan British kelak. K.Shiba yang sebelum ini membuka kedai kecil di persimpangan Jalan Pekan Cina dan Jalan Pekan Melayu telah berpindah ke kedai milik Mak cik Manjalara agar beliau dengan mudah dapat menyiasat dan menyelidik dengan lebih mendalam tentang kehidupan pembesar-pembesar dan raja-raja Melayu ketika itu. Beliau juga pandai bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih dan dengan kebolehan ini beliau sudah berani berjinak-jinak dengan anak-anak raja negeri dan di antara rakan karibnya ialah Tunku Muhamad Jiwa iaitu abang kepada Tunku Abdul Rahman.