
Cubaan kerajaan British untuk menukar nama Kedah (Watikah) kepada Kedah Mangkuk Padi bermula pada zaman Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz bin al-Adilin Muadzam Shah lagi sepertimana mereka menukar nama Bandar Hilir Kota Portugis kepada nama Melaka, padahal Melaka itu ialah Semenanjung ( Semenanjung Melaka). Dan selepas itu Paduka Serisultan ini telah membuat mata wangnya sendiri dengan menulis Kedah (mangkuk padi). Semua ini dibawah kelolaan dan arahan dari Kapten Francis Light, yang pada masa itu selalu membuat rondaan dari pelabuhan Culcutta sehingga ke Kepulauan Andaman dan Pulau Puket untuk mencari kelemahan kerajaan Kedah Tua. Sehingga mereka dapat mengesan yang bandar pentadbiran Kota Star pada masa itu dibawah jagaan adik ipar Sultan Kedah Sultan Abu Bakar Syarif Syah iaitu Paduka Seri Sultan Perdana Menteri Kedah Muhammad Jiwaz.
Beliau berjaya menghasut Paduka Seri Sultan atau Raja Daerah ini dengan mengatur rancangan mengatakan bahawa beliau juga layak menjadi Maharaja Melayu di Nusantara. Beliau telah mengajar dan memberi nasihat sehingga Paduka Seri Sultan ini sayang kepadanya dan terpesona dengan janji-janji musuh Allah ini untuk menjadi Sultan kepada kerajaan Kedah Tua. Dalam manuskrip dibawah ini tercatit dengan terang Negeri Kedah (Watikah) dan pada tahun 1920 semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid dan Kedah ketika itu di bawah pengaruh British itu Kedah telah mencipta benderanya sendiri. Ini tercatit di dalam buku Lindungan Bulan muka surat 22 keluaran sempena hari Konvensyen Sejarah Kedah 28hb. November hingga 2hb. Disember 1981.
Manuskrip lama jelas terpampang Paduka Serisultan Mohammad Jiwaz Bin al-Adilin dan perkataan Kedah dengan Ha Bulat yang ditanda dengan warna kuning


Terang lagi bersuluh, jelas terpahat di wang syiling purba ini kalimah al-Sultan al-Kedah dengan Ha bulat



Perdana Menteri Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz Bin al-Adilin dan kumpulan lanun-lanunnya sering membuat hubungan dengan Francis Light di Hujung Sanglang @ Junk Ceylon (Pulau Puket). Mereka sering mengambil nasihat dan berbalas-balas hadiah dan barang dagangan dengan musuh Allah ini. Ini semua diluar pengetahuan Sultan Syarif Syah yang sibuk ketika itu berperang dengan penjajah kerajaan Sukuthai. Dan tidak pelik mereka mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Thailand yang sentiasa bersiap sedia untuk menghancurkan Maharaja Melayu Sultan Syarif Shah yang telah tewas ditangan Kerajaan Sukho Thai di Ayuthia. Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz juga memberi kata manja kepada Francis Light dengan gelaran adinda dan memasukkan nama Francis Light sebagai kaumkerabatnya. Maka tidak peliklah jika dengan mudah Pulau Pinang terlepas ketangan musuh Allah ini dari kekuasaan Sultan Sharif Abu Bakar Syah Raja Kedah Merong Maha Wangsa.
Gambar bendera Britian yang membayangi Bangkok melambangkan segala kerjabuat kerajaan Thailand sentiasa dibayangi oleh orang-orang British
Setelah Kedah kalah teruk dalam Musuh Bisik 1821M, kerajaan British telah menyerahkan lambang teratai kepada penganut-penganut agama Buddha di Thailand dan meletakkan lambang bunga teratai di pintu-pintu masuk wat Siam-Thai. Raja Chulalongkorn pula telah membuat perayaan "Loi Kratong" dengan mengatakan kononnya perayaan ini memberi keberkatan dan panjang umur kepada sesiapa yang menghanyutkan bunga teratai yang dihias indah dengan meletakkan lilin di atas bunga teratai dan dihanyutkan oleh aliran sungai. Sambil menyanyi-menyanyi lagu "Loi Kratong" mereka sebenarnya menghanyutkan kerajaan Kedah Tua dan ertikata sebenarnya mereka menghalau lampu hidayat (lilin) serta kerajaan Islam agar jauh dari alam ini. Elok jugalah lagu perayaan mereka ini ditukar kepada lirik "Ma, Ma Kratong" yang bermaksud "Marilah, Marilah kerajaan Teratai (Kedah Tua)". Sesungguhnya kejayaan British berpengkalan di Culcutta untuk memperkasakan kerajaan Buddha Thai dan memperkasakan para pemberontak selepas kematian Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz iaitu Abdullah Mukarram serta Ahmad Tajuddin berbaloi. ini kerana selepas musnahnya kerajaan Kedah Tua mereka berjaya mengatur lanskap sejarah dan budaya di Nusantara malah di Indo-China.